Senin, 27 Agustus 2012

Jadilah Wanita Paling Bertuah

,

JADILAH WANITA PALING BERTUAH


Diucapkan selamat bertemu wahai saudariku...para muslimah yang sentiasa mendirikan sembahyang, taat berpuasa dan melakukannya dengan khusyuk.

Selamat bertemu, saudariku...muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu dan untuk menjaga maruah serta perinsip mulia.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang sentiasa belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan pemikiran yang bersih.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang sentiasa menepati janji, dipercayai dan amanah.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang sentiasa bersabar, berhati-hati dan memohon ampunan.


Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang sentiasa berzikir, bersyukur dan bermunajat.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang menjadikan Aisyah, Maryam dan Khadijah sebagai teladan dan ikutan.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang mendidik para pahlawan, dan melahirkan lelaki yang menabur jasa.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang sentiasa menjaga nilai-nilai dan memelihara diri serta iffah.

Selamat bertemu, wahai saudariku...yang sentiasa takut kepada Allah dan menjauhi apa-apa yang dilarang dan dimurkai-Nya.

SUDAH TENTU ANDA PALING BERTUAH
Dengan senyum indahmu yang membangkitkan
cinta dan memberikan kasih sayang kepada sesama
insan. Dengan kata-kata baikmu yang mengikat
persahabatan dan menjauhkan sifat dengki dan
permusuhan.


Dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan si fakir, mengenyangkan perut orang yang kelaparan. Dengan mengkaji al-Quran, merenung dan mengamalkan kandungannya, bertaubat dan beristighfar.

Dengan zikir dan istighfar yang banyak, memanjatkan doa dan meluruskan niat. Dengan mendidik anak-anak dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat dan berguna bagi mereka.

Dengan rasa malu dan hijab yang disuruh oleh Allah. Itu adalah cara supaya sentiasa terjaga dari pandangan dosa.

Dengan bergaul dengan perempuan-perempuan baik yang sentiasa takut kepada Allah, mencintai agama dan menghormati ajarannya.

BUKAN SEBALIKNYA!
Bukan dengan usiamu yang habis untuk hal-hal
yang tidak perlu, membalas dendam kesumat dan
bertekak yang tidak bermanfaat.

Apa juga musibah yang datang menimpa, pada
akhirnya ia akan menuju kelapangan hati jua.

Keayuan semula jadimu, wahai saudariku, sebenarnya lebih menarik daripada matahari. Sedangkan kewangian budi pekertimu, dirimu lebih wangi daripada minyak kesturi. Dengan kerendahan hatimu, dirimu lebih tinggi daripada bulan; dan dengan kelembutanmu, dirimu lebih halus daripada hujan renyai-renyai. Kerana itu, jagalah kecantikan itu dengan keimanan, kerelaanmu serta iffah dan maruah.

Oleh itu, wahai saudariku, perhiasanmu yang sebenar bukanlah emas atau perak, tetapi solat dua rakaat menjelang Subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, airmata taubat, sujud panjang di atas sejadah, dan malu kepada Allah ketika didorong bisikan nista dan ajakan syaitan. Pakailah pakaian takwa, dirimu akan menjadi wanita tercantik di dunia, sekalipun bajumu koyak. Serlahlah sifat kesantunan, supaya dirimu menjadi wanita tercantik di dunia meskipun dirimu jalan berkaki ayam

1 komentar:

  • 8 November 2012 21.34
    rumi05 says:

    smoga kita bisa terus dapat belajar memperbaiki diri..

Posting Komentar

 

Khumaira Perindu Surga-Mu Copyright © 2011 | Template design by ilmuini | Powered by Blogger