Popular posts
-
(˘ʃƪ˘) Jemput Aku menjadi bidadari hati mu (˘ʃƪ˘) duhai akhi ... Dulu atas kehendak-Nya kita di pertemukan secara tak sengaja Dulu ata...
-
Ibuku Berdusta Kepadaku 8 Kali … Salah seorang sahabatku mengirimkan ringkasan kisahnya bersama ibunya, di mana kisah itu telah memb...
-
bismillaahirrahmaanirrahii m Adam... Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan, Gagah perkasa seperti Badang, Kau gunakan H...
-
Menjaga Aib Suami Manusia tidak ada yang sempurna. Begitu juga dalam kehidupan seharian suami isteri, pastilah banyak kekurangan di san...
-
JADILAH WANITA PALING BERTUAH Diucapkan selamat bertemu wahai saudariku...para muslimah yang sentiasa mendirikan sembahyang, taat ber...
Kamis, 28 Maret 2013
10 sifat calon suami idaman
Diposting oleh
Siti Al-Muhajirin Khumaira
,
di
22.15
10 sifat calon suami yang baik
Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.
Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
10 sifat calon suami yang baik:
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Nasehat dari Abah sugianto parjan
Post Siti Al-Muhajirin Khumaira
Langganan:
Posting Komentar (Atom)